Ihsan: Laman web Malaysia My Second Home |
Mukadimah
Assalamualaikum sebagai pembuka bicara. Pada kali ini setelah lama bersunyi sepi tidak menulis di laman blog ini, saya kembali dengan membuka satu siri penulisan ringkas mengenai sejarah negeri Kelantan. Sebelum bermulanya penerangan yang lebih lanjut adalah molek sekiranya diberikan dahulu mukadimah atau pembuka bicara bagi negeri Kelantan ini. Keterangannya ditulis seberapa ringkas dan padat adalah seperti berikut:
Ihsan: Laman DM Serunding |
- Kelantan terdiri daripada 10
buah jajahan. Berlainan dengan negeri-negeri lain yang memakai panggilan
'daerah'.
- Negeri Kelantan ini bergelar
Darul Naim ertinya Negeri Penuh Nikmat. Tersebut dalam tarikh, gelaran ini
dicadangkan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Sahibus Samahah Haji Wan Muhammad
bin Abdul Samad pada tahun 1916. Lalu diperkenankan oleh Baginda Sultan
Kelantan, Sultan Muhammad ke-IV.
- Terdapat pula keterangan yang
mengatakan sebelum digelar Darul Naim, Kelantan ini digelar Darul Aman
persis gelaran negeri Kedah sebagaimana kini.
- Di dalamnya terdapat 63 buah
daerah (daerah di sini persis mukim di negeri lain).
- Setiap jajahan itu pula
diketuai oleh seorang Ketua Jajahan (Ketua/pegawai daerah). Dalam
tiap-tiap jajahan mempunyai daerah-daerah.
- Jajahan itu ialah Kota Bharu,
Pasir Puteh, Pasir Mas, Bachok, Machang, Tumpat, Tanah Merah, Kuala Krai,
Jeli, dan Gua Musang. Seluas-luas jajahan ialah Gua Musang dan sekecil-kecilnya
ialah jajahan Tumpat.
- Setiap daerah (persis mukim)
ini diketuai oleh Penggawa. Kalau di tempat lain dipanggil Penghulu.
Dahulunya Penggawa ini dikenali dengan nama Tok Kweng.
p/s: Tulisan ini sebenarnya ditulis
sebagai status FB Tokdin Tuman lalu dikutip dan disiar kembali di laman saya.
Sebarang khilaf pada sesiapa yang menemukannya pohon dibetulkan.
Rujukan: Abdul Razak Mahmud, 2005.
Ikhtisar Sejarah Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan