Ehsan: Reputationxchange.com (kliklah ada artikel) |
Ada orang kata kalau kita suka buat sesuatu
kerja tu, mesti kita akan suka buat benda itu tiap-tiap hari. Walaupun kadang-kadang
kerja tu membuatkan sehari suntuk kita duduk menghadapnya. Mudahnya cakap apa
pun kerja yang kita suka buat pasti kita seronok atau ‘enjoy’ bak kata orang
putih apabila kita buatnya. Baguslah buat semua orang yang dapat kerja apa yang
dia suka, minat, dan sayang. Tapi hakikatnya ramai juga dalam hidup ini yang
buat kerja yang mereka tak berapa suka atau minat. Bahkan lebih teruk buat
kerja yang mereka paling ‘menyampah’, benci atau membosankan. Disebabkan itulah
aku nak cuba coretkan sikit pasal hal ini dalam tulisan kontot tak seberapa
ini. Mengenai mendapatkan kerja yang sesuai dengan minat dan diri kita.
Agak-agaknyalah apakah faktor atau sebab
seseorang itu dapat sesuatu kerja. Biasanya jawapannya lebih kurang samalah
iaitu kelulusan pelajaran. Iyalah, kalau dah kelulusan itu jadi doktor mestilah
kerjanya pun jadi doctor. Takkan pula jadi jurutera. Nanti dah jadi lain pula
hasilnya. Begitulah dengan kebanyakan orang yang bekerja. Mereka pastilah pilih
dan pohon apa-apa kerja yang sesuai dengan kelulusan diri sendiri. Kalau dah
lulus setakat SPM itu mestilah pohon jawatan contohnya dalam jawatan kerajaan,
sebagai kakitangan sokongan kelas bawah saja. Tak ingat dah kelas jawatannya.
Takkan nak pohon jawatan juruteknik atau lebih tinggi lagi. Habis tinggi pun
minta jadi kerani. Itu kalau pohon jawatan dalam kerajaanlah kan.
Persoalannya adakah kerja ini kalau kita
nak minta mesti dalam sektor kerajaan saja atau badan-badan berkanun saja? Mestilah
tidakkan. Berlambak saja kerja dalam sektor swasta. Walau apa pun kelulusan
tetap menjadi ukuranlah jika nak dapatkan kerja yang gajinya boleh tahan
angkanya. Tapi ada satu jenis kerja yang sebenarnya tak memerlukan sangat
kelulusan atau apa bidang pengajian secara hakikatny iaitu kerja berniaga atau
perniagaan. Kerja yang jenis ini sebenarnya lagi luas dan banyak sumber
pekerjaannya. Itu semua bergantunglah pada kreativiti si penjual/peniaga dan
sudah tentulah modalnya. Kalau kata nak Berjaya dalam bidang ini tak semestinya
kena ada ijazah, sijil, dan diploma pun. Berapa ramai orang yang tak bersekolah
pun pada awalnya, boleh saja Berjaya dalam perniagaan sampai jadi jutawan.
Walau bagaimanapun, semuanya bergantung pada usahalah dan keberanian sendiri.
Satu lagi apa yang pasti tentulah kena menapak daripada bawah. Takkan daripada tak
ada apa terus nak jadi taukeh saudagar besar. Mula daripada berniaga kecil-kecilan.
Setelah jauh duduk melalut dalam bab
berniaga itu adalah lebih baik kembali semula pada topik kerja yang kita minat
tu. Memanglah nak dapatkan kerja itu perlukan kelulusan dan syarat-syarat
tertentu. Namun persoalan asasnya belum lagi terjawab yakni macam mana nak
dapatkan kerja yang kita betul-betul minat, suka, sayang, dan segala jenis
perkataan yang seangkatannya lagi. Untuk menjawab persoalan ini memang aku atau
sesiapa tak boleh nak jawab dengan tepatlah kan. Iyalah dah soal minat
masing-masing manalah aku nak tahu. Jadi jawapan mudahnya tentulah aku jawab
tepuklah dada dan tanyalah diri sendiri apa yang kita minat. Walau
bagaimanapun, secara umumnya tak semua yang kita minat itu dapat memberikan
kerja yang sesuai dengan kita. Cubalah tanya diri sendiri apa yang engkau
minat. Ada orang minat tangkap gambar. Habis semua tempat nak di’snap’nya. Barangkali
mungkin kerja yang sesuai buka kedai gambar orang kahwin ke apa. Ada pula yang
suka memasak, jadi daftarlah diri itu masuk Masterchef mana tahu boleh jadi
chef segera. Hahaha. Sekarang inikan musim program realiti TV masak-memasak. Sebut pasal Masterchef dah buat perut aku
lapar. Hahah, tulis waktu pagi belum sarapan lagi.
Ehsan Pak Cik Google Pic: dfm2u. Nak tengok rakaman kliklah. |
Kadang-kadang kita minat dengan sesuatu
benda itu namun kerja itu memang tak sesuai langsung dengan kebolehan, ‘skill’,
dan pengetahuan yang kita ada. Kalau setakat bab pengetahuan itu bolehlah
katanya kita timba. Tapi kalau bab kebolehan itu kadang-kadang sukar juga nak dapat.
Contoh paling mudah adalah dalam kerja-kerja seni ini. Ada ahli seni cakap
seniman itu datangnya dari bakat semula jadi. Kalau begitu memang susahlah nak
jadi ahli seni yang hebat kalau dah dari awal memang tak berbakat semula jadi.
Namun ada juga yang berhujah, kebolehan atau bakat itu boleh didapatkan dengan
usahan dan latihan yang tekun. Bahkan ada yang cakap kena ada dua-dua sekali
baru jadi hebat. Lantaklah ya nak cakap yang macam mana. Apa yang penting
cubalah usaha nak jadi apa. Kalau dah terbukti tak dapat cuba lagi yang jenis
lain.
Nak bagi lagi terang. Contohnya kalau kita ini
minat sangat bab nyanyi menyanyi. Jadi kepingin benar ingin menjadi artis
penyanyi. Pohon sajalah dalam program reality TV yang dah berlambak-lambak
sekarang ini. Tapi kalau kita sememangnya taka da bakat nyanyi langsung lebih
baik jangan masuk. Dah terang-terang lagi ber’spotlight’ yang kita takkan
diterima. Kalau diterima masuk pun nasib baiklah katakan, kita nantinya tak
pergi jauh mana pun. Sebab yang penting dalam bidang seni macam ini mestilah
kena ada bakat da nada nilai tersendiri yang unik. Yang semacam inilah yang
boleh ‘survive’ dalam bidang nyanyian yang dah berlambak-lambak orangnya itu.
Kalau setakat menyanyi itu sedap sebab banyak diedit dalam studio, baik
berhentilah jadi penyanyi.
Kesimpulannya, nak tahu apa jenis kerja
yang betul-betul sesuai dengan diri kita kenalah Tanya diri apa yang kita
betul-betul minat dan berbakat atau tahu macam mana nak buat. Walau apa pun
yang aku sembang dalam ini, aku sendiri pun belum dapat kerja yang aku
betul-betul minat atau ‘passionate’ bak kata Mat Salleh laa. Mat Abu, Ali tak
tahu pulak dia cakap apa.