Selasa, 26 November 2013

Nak Dapat Kerja Yang Sesuai Dengan Diri. Macam Mana EHhh??

Ehsan: Reputationxchange.com
(kliklah ada artikel)
Ada orang kata kalau kita suka buat sesuatu kerja tu, mesti kita akan suka buat benda itu tiap-tiap hari. Walaupun kadang-kadang kerja tu membuatkan sehari suntuk kita duduk menghadapnya. Mudahnya cakap apa pun kerja yang kita suka buat pasti kita seronok atau ‘enjoy’ bak kata orang putih apabila kita buatnya. Baguslah buat semua orang yang dapat kerja apa yang dia suka, minat, dan sayang. Tapi hakikatnya ramai juga dalam hidup ini yang buat kerja yang mereka tak berapa suka atau minat. Bahkan lebih teruk buat kerja yang mereka paling ‘menyampah’, benci atau membosankan. Disebabkan itulah aku nak cuba coretkan sikit pasal hal ini dalam tulisan kontot tak seberapa ini. Mengenai mendapatkan kerja yang sesuai dengan minat dan diri kita.

       Agak-agaknyalah apakah faktor atau sebab seseorang itu dapat sesuatu kerja. Biasanya jawapannya lebih kurang samalah iaitu kelulusan pelajaran. Iyalah, kalau dah kelulusan itu jadi doktor mestilah kerjanya pun jadi doctor. Takkan pula jadi jurutera. Nanti dah jadi lain pula hasilnya. Begitulah dengan kebanyakan orang yang bekerja. Mereka pastilah pilih dan pohon apa-apa kerja yang sesuai dengan kelulusan diri sendiri. Kalau dah lulus setakat SPM itu mestilah pohon jawatan contohnya dalam jawatan kerajaan, sebagai kakitangan sokongan kelas bawah saja. Tak ingat dah kelas jawatannya. Takkan nak pohon jawatan juruteknik atau lebih tinggi lagi. Habis tinggi pun minta jadi kerani. Itu kalau pohon jawatan dalam kerajaanlah kan.

       Persoalannya adakah kerja ini kalau kita nak minta mesti dalam sektor kerajaan saja atau badan-badan berkanun saja? Mestilah tidakkan. Berlambak saja kerja dalam sektor swasta. Walau apa pun kelulusan tetap menjadi ukuranlah jika nak dapatkan kerja yang gajinya boleh tahan angkanya. Tapi ada satu jenis kerja yang sebenarnya tak memerlukan sangat kelulusan atau apa bidang pengajian secara hakikatny iaitu kerja berniaga atau perniagaan. Kerja yang jenis ini sebenarnya lagi luas dan banyak sumber pekerjaannya. Itu semua bergantunglah pada kreativiti si penjual/peniaga dan sudah tentulah modalnya. Kalau kata nak Berjaya dalam bidang ini tak semestinya kena ada ijazah, sijil, dan diploma pun. Berapa ramai orang yang tak bersekolah pun pada awalnya, boleh saja Berjaya dalam perniagaan sampai jadi jutawan. Walau bagaimanapun, semuanya bergantung pada usahalah dan keberanian sendiri. Satu lagi apa yang pasti tentulah kena menapak daripada bawah. Takkan daripada tak ada apa terus nak jadi taukeh saudagar besar. Mula daripada berniaga kecil-kecilan.

       Setelah jauh duduk melalut dalam bab berniaga itu adalah lebih baik kembali semula pada topik kerja yang kita minat tu. Memanglah nak dapatkan kerja itu perlukan kelulusan dan syarat-syarat tertentu. Namun persoalan asasnya belum lagi terjawab yakni macam mana nak dapatkan kerja yang kita betul-betul minat, suka, sayang, dan segala jenis perkataan yang seangkatannya lagi. Untuk menjawab persoalan ini memang aku atau sesiapa tak boleh nak jawab dengan tepatlah kan. Iyalah dah soal minat masing-masing manalah aku nak tahu. Jadi jawapan mudahnya tentulah aku jawab tepuklah dada dan tanyalah diri sendiri apa yang kita minat. Walau bagaimanapun, secara umumnya tak semua yang kita minat itu dapat memberikan kerja yang sesuai dengan kita. Cubalah tanya diri sendiri apa yang engkau minat. Ada orang minat tangkap gambar. Habis semua tempat nak di’snap’nya. Barangkali mungkin kerja yang sesuai buka kedai gambar orang kahwin ke apa. Ada pula yang suka memasak, jadi daftarlah diri itu masuk Masterchef mana tahu boleh jadi chef segera. Hahaha. Sekarang inikan musim program realiti TV masak-memasak. Sebut pasal Masterchef dah buat perut aku lapar. Hahah, tulis waktu pagi belum sarapan lagi.

Ehsan Pak Cik Google Pic: dfm2u. Nak tengok rakaman kliklah.


       Kadang-kadang kita minat dengan sesuatu benda itu namun kerja itu memang tak sesuai langsung dengan kebolehan, ‘skill’, dan pengetahuan yang kita ada. Kalau setakat bab pengetahuan itu bolehlah katanya kita timba. Tapi kalau bab kebolehan itu kadang-kadang sukar juga nak dapat. Contoh paling mudah adalah dalam kerja-kerja seni ini. Ada ahli seni cakap seniman itu datangnya dari bakat semula jadi. Kalau begitu memang susahlah nak jadi ahli seni yang hebat kalau dah dari awal memang tak berbakat semula jadi. Namun ada juga yang berhujah, kebolehan atau bakat itu boleh didapatkan dengan usahan dan latihan yang tekun. Bahkan ada yang cakap kena ada dua-dua sekali baru jadi hebat. Lantaklah ya nak cakap yang macam mana. Apa yang penting cubalah usaha nak jadi apa. Kalau dah terbukti tak dapat cuba lagi yang jenis lain.

           Nak bagi lagi terang. Contohnya kalau kita ini minat sangat bab nyanyi menyanyi. Jadi kepingin benar ingin menjadi artis penyanyi. Pohon sajalah dalam program reality TV yang dah berlambak-lambak sekarang ini. Tapi kalau kita sememangnya taka da bakat nyanyi langsung lebih baik jangan masuk. Dah terang-terang lagi ber’spotlight’ yang kita takkan diterima. Kalau diterima masuk pun nasib baiklah katakan, kita nantinya tak pergi jauh mana pun. Sebab yang penting dalam bidang seni macam ini mestilah kena ada bakat da nada nilai tersendiri yang unik. Yang semacam inilah yang boleh ‘survive’ dalam bidang nyanyian yang dah berlambak-lambak orangnya itu. Kalau setakat menyanyi itu sedap sebab banyak diedit dalam studio, baik berhentilah jadi penyanyi.

        Kesimpulannya, nak tahu apa jenis kerja yang betul-betul sesuai dengan diri kita kenalah Tanya diri apa yang kita betul-betul minat dan berbakat atau tahu macam mana nak buat. Walau apa pun yang aku sembang dalam ini, aku sendiri pun belum dapat kerja yang aku betul-betul minat atau ‘passionate’ bak kata Mat Salleh laa. Mat Abu, Ali tak tahu pulak dia cakap apa. 


--Tokdin Tuman @25/11/13 :9.30 am--

Tiada ulasan:

Catat Ulasan